BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Click here for Myspace Layouts
Showing posts with label pengalaman hidup. Show all posts
Showing posts with label pengalaman hidup. Show all posts

Sunday, December 11, 2011

HENFON NAN SEBUTIR

NASIB BADAAANNN. Ini satu dailog yang agak melekat di hati daripada seniman ulung AY TS P. Ramlee. Ia mungkin satu keluhan kosong berakibat dari sesuatu insiden semasa yang menimpa diri. Apa lagi yang nak dikata; kerana sudah sedemikian suratanNya.

Hari Ahad minggu sudah (4hb Disember) teman telah kehilangan henfon, yang teman telah gunakan mungkin sekitar hampir setahun. Bukanlah telefon jenama termahal cuma dari jenis sedang-sedang aja dan henfon ini kiranya merupakan satu gadget yang penting dalam kehidupan seharian. Senang untuk menghubungi kawan-kawan dan begitulah sebaliknya. Kiranya rasa kasih terhadap henfon itu amat kuatlah sebab banyak informasi telah di input ke dalamnya, dan ia amat membantu. Ianya adalah realiti bagi kenyataan 'maklumat dihujung jari' yang selalu disebut-sebutkan itu.

Hari Ahad 4hb Disember itu, pada waktu tengahari teman sekeluarga telah pergi memenuhi undangan kenduri seorang sahabat di Kubang Halban. Memang menyeronokkanlah menghadiri majlis perkahwinan anak sahabat ini, kami dilayan baik oleh tuan rumah yang kebetulan merupakan seorang kakitangan sejabatan dengan isteri teman. Tidak lengkap dengan disajikan makanan, kami juga turut dibekalkan lagi dengan juadah serta lauk-pauk untuk dibawa pulang.

Sesampai di rumah; teman bergegas masuk. Nak ke bilik air; sebab rasa nak terkencing mungkin disebabkan telah meminum air agak banyak semasa di rumah orang kenduri tadi. Selesai urusan di bilik air, terus duduk-duduk di ruang depan dibawah kipas angin berkelajuan skala 4. Hembusan angin yang menghilangkan rasa kepanasan akibat sepanjang perjalanan di bawah terik mentari petang; telah mempelawa mata untuk meruyup. Mungkin penangan nasi minyak yang disantap tadi menjadi pemangkin kepada rasa mengantuk.

Orang mengantuk disorongkan bantal. Terlelaplah jawabnya. Baik punya tidur pada petang Ahad begini.

Hanya sekitar pukul enam sesudah siap mandi dan sebagainya, anak-anak heboh untuk balik ke Padang Rengas. Sewaktu menekan butang penggera kereta, didapati sistem penguncian kereta tidak berfungsi. Eh, kenapa ya? Amalina diarah untuk melihat secara dekat apayang telah berlaku. Dia mendapati pintu kereta di bahagian pemandu dalam keadaan renggang; yakni telah dibuka tetapi tidak ditutup dengan sempurna.

"Pintu tak tutup! Siapa yang bukak??", Amalina menyoal kembali, sambil menutup pintu kereta.

Teman tekan lagi kekunci alat penggera dengan maksud untuk mengunci pintu itu tetapi sistem kuncian masih tidak berfungsi sebagaimana lazim. Apa dah jadi? Amalina meneliti keadaan selanjutnya dan mendapati pintu sebelah kiri hadapan juga renggang; seperti mana pintu kanan tadi.

"Pintu ini pun tak tutup, ayah".

Teman menuju ke kereta dan terus kepada pintu sebelah kiri. Sahih, pintu itu renggang atau pun telah dibuka tetapi gagal ditutup kembali dengan sempurna. Teman lihat laci pada dash board di sebelah kiri dalam keadaan terbuka. Siapa buka ini? Amalina hanya menggeleng-gelengkan kepada tanda dia tidak mengetahuinya.

Perjalanan untuk ke Padang Rengas diteruskan, tetapi semasa hendak mengundurkan kereta; teman teringatkan henfon. Kereta diparkir semula dan teman masuk ke dalam rumah untuk mencari henfon. Tiada henfon di dalam rumah. Tiba-tiba teman teringat, sahih henfon itu diletakkan pada satu ruang di bawah stereng kereta dan dengan pantas teman datang semula ke kereta. Tinggal bekas; itulah realitinya. Kompom (confirmed) henfon itulah yang menjadi penyebab mengapa kedua-dua pintu kereta berada dalam keadaan tidak ditutup rapat.

Hilanglah gadget yang amat penting. Hilang segala maklumat. Nombor telefon rakan dan sahabat, jabatan dan firma, menteri dan ketua jabatan ghaib bersama henfon itu. Mengapa dikenang, mengapa difikir....asal kapas jadi benang, dari benang menjadi kain; benda dah terlepas usah dikenang, pergi ke kedai belilah yang lain.

Ini musim cuti sekolah. Mungkin ada budak-budak nakal yang tiada apa-apa kegiatan semasa cuti, telah melilau dan bermain-main sekitar tempat parkir kereta dan ternampak akan henfon yang dibiarkan dalam kereta yang tidak berkunci. Rezeki dialah tu.

Selasa 6hb Disember, teman dengan penuh rampus telah membeli baru sebutir lagi henfon. Jauh lebih murah dari henfon yang telah hilang itu. Ianya hampir menyerupai spesifikasi yang dimiliki oleh henfon yang ghaib itu; tetapi realitinya banyak yang kureng, Takpe lah, asalkan boleh memudahkan urusan panggil-memanggil kengkawan dan mengutus mesej; kira okay. Teman sukakan kameranya sebab 5 mp. Cantik gambar yang dihasilkan dan lebih cantik bila diup-load dalam pc. Merah warnanya.

Selesailah sudah masalah ketiadaan telefon. Kehidupan kembali normal.

Ahad 11 Disember. HENFON AKU HILANG BALIKKKKKKKKKKKKKKK. Memang pelik, memang misteri. Hilang dalam rumah. Siapa yang ambil. Siapa yang sorok. Salah letak? Ah, tak tahulah. Sewaktu teman menaip ni; teman memang dalam keadaan lebang-libu. Telefon baru itu, yang dah hilang itu; masih banyak ruangnya yang belum teman terokai. Belum habis lagu-lagu yang teman load-in didengari. Memang menghampakan.

Nasiiibbb badaaaannnnn.

Sunday, March 27, 2011

Diduga Semasa Bertemu

Hari ini teman pergi interview B1, atau jawatan Penolong Eksekutif dalam Syarikat yang teman bekerja selama ini. Ini kira satu langkah atau satu proses untuk naik pangkat lagi. Ewaaahh, kalau diperkenankan le; kalau tidak laksanaklanlah terus kerja yang sedang disandang ini. Teman pergi dengan Rosli, PM Sungai Siput. Sama-sama first time dipanggil menghadiri temuduga ini dan harapannya semoga berjaya kesemuanya.


Temuduga di PPN Ipoh. Surat panggilan temuduga datang ataupun diterima minggu lepas. Ianya hasil dari lulusnya peperiksaan kenaikan pangkat daripada Kerani Kanan ke jawatan Penolong Eksekutif. Ah, dah penghujung usia perkhidmatan baru lulus dan pada saat dan tika beginilah dapat peluang ditemuduga.


Sesudah dapat surat timbul juga rasa renyang, apakah yang akan disoal oleh penemuduga nanti.

Risau dan khuatir jika soalan-soalan yang dipetik dari berbagai buku panduan atau peraturan; jika dijawab secara rambang sudah tentu boleh dipertikai akan kebenarannya. Ini kes terlalu 'rajin' membaca buku le.


Mujur semasa temuduga soalan-soalan yang muncul hanyalah soalan-soalan yang santai, yang berbentuk tanya jawab mengasah minda sahaja. Senang untuk dijawab secara lisan dan saya boleh memperlihatkan keupayaan selaku orang yang ternampak yakin serta optimis.


Jika anda ditawarkan jawatan ini, anda sudah pasti kena bertukar tempat kerja. Anda bersedia? Jika Syarikat meletakkan kepercayaan kepada saya, maka saya dengan sepenuh tanggungjawab bersedia untuk ditempatkan di mana jua. Jika dahulu saya sudah oernah jadi OBJ;nkenapa pula saya ntidak boleh jadi OBJ sekali kagi....


Apakah benda-benda in i akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat? Insya Allah.

Saturday, March 26, 2011

Temuduga Lagi

Esok, lepas tu lusa. 28hb Mac. Aku kena menghadiri satu sessi temuduga kenaikan pangkat. Alahai macam-macam berbaur dalam kepala; samada nak pergi ke atau pun tidak. Kalau tak pergi takut kena jawab surat tunjuk sebab pulak. Okaylah, aku pergi. Rosli pun beria-ia mengajak aku malah sejak masa aku dah mula enggan untuk menduduki peperiksaan dahulu; dialah menggalakkan aku. Aku duduki peperiksaan dan lulus sesudah empat kali duduk. Koman betul. Rakan seangkatan yang duduk periksa bersama-sama buat kali pertama; hari ini dema dah jadi B2. Zaitun Husin, Haji Khiri, Haji Jamaluddin...
Apa agaknya nak ditanya atau disoal oleh Panel 1 yang nak interview aku nanti. Kalau tanya benda dalam buku, aku boleh kantoi. Kalau saja-saja ajak sembang santai, hah kita boleh sembang sampai petang. Nanti aku boleh dapat ke jawatan ini? Berapa hengget lebihnya daripada gaji yang sedang aku dapat sekarang? Adakah mendukong jawatan yang berpangkat ini menyebabkan aku kerugian dari segi kedudukan ekonomi dan sosial?
Sekarang ni aku duduk baeeek punya di Kuale. Apa lagi ndak; dekat dengan famili, dikelilingi rakan-rakan sekepala dan ah, jadi Postmaster Kuale. Ketua jabatan di daerah yob. Bila Istana buat function, diri ini turut dipelawa. Hebat ni. Pejabat Daerah buat program pun turut dilibatkan. Kalau kerja ditempat lain, biarpun jadi Penolong Eksekutif; tak siapa peduli lagi. Sesungguhnya bekerja di Kuala Kangsar mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri.
Lusa, kita pergilah interview tu. Pergi, bukan bererti dapat. Sama-sama kita kata good luck untuk diri sendiri.
Sebenarnya ada banyak lagi yang nak ditulis, tapi laptop yang satu ini berebut-rebut nak dikongsi dengan anak dan isteri. Teman kena beralah le. Wa chow....

Thursday, March 10, 2011

Belalang di lain padang

Salam. Malam ini selepas 8 bulan dari tarikh akhir aklu menulis pada blog ini; aku dah 'jumpa' balik password untuk aku buka blog aku ini. Oh seronoknya. Aku nak tulis lagi, macam-macam benda; macam-macam cerita dan macam-macm peristiwa aku nak tulis untuk berkongsi dengan kengkawan semua. Lapan bulan yang terlohong itu, banyak benar kisah yang berlaku. Jika dahulu aku berada di Langkap; kini aku sudah pun kembali ke tanah ayor aku, iaitu Kuala Kangsar. Aku ditugaskan sebagai Pengurus Cawangan di sini. Ramai kawan-kawan seperjuangan mengucapkan tahniah di atas "the return of ORYR" ke Kuale.

Bekerja di Kuala Kangsar, dengan kapasiti petugas keseluruhannya hampir 30 orang; memang penuh cabaran. Ada tiga puluh kepala yang berbeza corak untuk menyelianya. Di sini, kumpulan posmen ada seramai 22 orang, diketuai oleh seorang IP bernama MK. Hari pertama aku datang, MK sudah mula memberikan 'taklimat' tentang kumpulan manusia yang dipimpinnya. Padanya, in dia begitu sukar untuk mengendalikan posmen-posmen dan MK banyak menuding jari kepada mereka.

Benarkah posmen-posmen di Kuale terdiri dari kalangan manusia yang sukar dibentuk, dipimpin atau diselia? Dari sehari ke sehari aku di bandar di raja ini; aku sudah mula dapat menilai siapakah yang menjadi pencetus kepada suasana yang kurang harmonis disini. Kebolehan memimpin bukanlah sesuatu yang diwarisi, tetapi perlu diasah dan diperkembangkan menerusi pergaulan seharian. Ini aspek yang MK abaikan selaku IP, dan dia dilihat sebagai general penakut yang telah menyebabkan ramai askar dibawah pimpinannya mati bergelimpangan.

Kemuncak dari kekalutan ini bila petugas Audit Mel dari Ibu Pejabat datang 'menziarahi' Pejabat Pos Kuala Kangsar. Mereka tembak apa sahaja yang mereka nampak. Banyak ketidakpatuhan telah ditemui. Temuan-temuan ini telah ditunjukkan kembali dalam satu program khas anjoran Pos Mel di Butterworth. Kuala Kangsar teruk dilatam. Ketua Operasi Mel Negeri teruk kena hentam.

Perjuangan ada jatuh dan bangun. Orang-orang yang jatuh dan tak bangun-bangun sewajarnya dikebumikan sahaja. Orang yang pernah jatuh dan dapat bangun semula dan kembali melangkah dengan lebih gagah dan yakin; inilah orang yang hebat dan berjaya. Saya yakin, ada ramai kakitangan posmen di Kuale terdiri dari golongan kedua ini.

Mari kita bangun bersama, sederap membina cita-cita baru untuk menjadikan Unit Mel Kuala Kangsar sebagai satu unit yang serba-serbi elok. Prestasi serahannya, manusia posmennya, MKnya yang mahu berubah positif, persekitaran yang bersih dan prinsip 5S yang sentiasa dipatuhi. Alahai, senangnya 5S itu; Setiap Sampah Sarap Sapulah Semuaanya. Nah, akan bersih kawasan kita.

Nanti kita katakan lagi...............