Israel memang laknatulLah. Mereka menggunakan seluruh kekuatan untuk menghalang kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza dari meneruskan perjalanan ke wilayah yang telah mereka kepungi perhubungan daratnya. Kapal-kapal yang hanya berisi muatan berupa simen, makanan dan ubat-ubatan telah disekat dari meneruskan pelayarannya ke Pelabuhan Gaza. Mereka juga sanggup membunuh sukarelawan yang tidak bersenjata api sebagaimana mereka. Tentera-tentera kurang ajar ini telah merampas pelbagai barangan milik sukarelawan. Apakah barangan berharga yang dirampas itu akan menjadi milik negara Israel atau akan difaraidkan dikalangan anggota tentera itu sendiri?
Sikap buruk Israel tidak pernah berubah sejak pada zaman Nabi Allah Musa a.s. dahulu lagi. Mereka ganas, degil, berhati batu dan tiada toleransi. Perdana Menteri negara itu pun memperlihatkan watak dan sikap seperti bukan seorang negarawan ulung; sebaliknya lebih mirip sebagai pengganas liar. Jahanam Israel.
Sunday, June 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment