BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Click here for Myspace Layouts

Saturday, June 5, 2010

Tirai dibuka; babak pertama.

Assalamualaikum wbrk. Hari ini, Ahad 6.6.2010 saya tampil dalam Blog begini; dah jadi blogger sebagaimana ramai lagi kawan-kawan yang lain. Saya rasa dengan kehadiran saya sebagai blogger, dapatlah saya ikut serta dalam dunia komunikasi tanpa sempadan bersama-sama membincangkan beberapa topik yang saya faham dan tahu. Saya tidak akan menyentuh apa jua topik yang saya tidak faham dan tidak tahu; takut nanti sesat larat dalam masa menghurainya.

Sebagai salam perkenalan, saya adalah merupakan seorang yang pernah menjadi stringer Utusan sewaktu bertugas di Lenggong, Perak satu ketika dahulu. Jadi hasil dari penglibatan sebagai wartawan kecil ini; kebolehan menulis sikit-sikit ini bolehlah saya munafaatkan untuk menulis pula beberapa isu semasa yang lain untuk sama-sama kita kongsi. Namun, saya masih buah nangka di luar pagar; orang tua yang masih belajar. Belajar dari alam terbentang sebagai guru.

Pernah terlibat dalam Lembaga Pembangun Sastera Perak (LEPAS), saya saya amat meminati dunia penulisan ini. Mungkin saya tidak sehebat rakan-rakan penulis lain yang mampu menghasilkan karya-karya sastera yang baik dan banyak; tapi gerakan menulis ini tiada noktahnya.

Hingga di sini dahulu. Kita akan bersua lagi.

1 ulasan:

Unknown said...

Selepas bertahun, hari ini saya menjumpai semula blog saya "Katakanlah". Alhamdulillah. Bolehlah aktif semula menulis.

Post a Comment